banner

header ads

CUKAI GST BAKAL KEMBALI, APA IJTIHAD PAS?


1) DS Najib Razak sekali lagi seru supaya GST kembali dilaksanakan. Perlaksanaan GST zaman BN dibantah oleh PH dan PAS dengan justifikasi bantahan yang berbeza. BN meyakini GST adalah sistem percukaian terbaik setakat ini yang telah pun diaplikasi oleh kebanyakan negara maju. Bezanya adalah percent % cukai yang dikenakan.

2) PH membantah GST kerana ia menindas rakyat dengan kenaikan harga barangan secara berantai. Bagi PH, cukai SST lebih baik kerana tidak menindas secara amnya. Namun PH terciduk dengan pembatalan GST yang menyebabkan pentadbiran PH kehilangan sumber pendapatan yang ketara, dan terpaksa memperkenalkan cukai-cukai merepek yang lain untuk support SST.

3) PAS membantah GST kerana GST menindas orang miskin. Cukai GST adalah cuaki jualan yang termasuk di dalamnya mengutip cukai daripada orang-orang miskin. PAS menggunakan ijtihad haram GST atas haram mengutip cukai daripada orang miskin, berdasarkan kitab-kita ulamak terdahulu.

4) Kali ini dalam pentadbiran PN yang turut disertai PAS, bakal melaksanakan GST jika seruan DS Najib Razak diterima dan dilaksanakan. PH mungkin akan terus membantah kerana prinsip politik mereka adalah melawan apa sahaja yang datang daripada musuh politik mereka.

5) Manakala PAS pula telah melihat betapa kerajaan PH sebelum ini terciduk dengan kehilangan sumber pendapatan GST, dan penerangan-penerangan DS Najib serta ahli-ahli ekonomi, saya menjangkakan PAS akan bertukar nada. Kita tunggu apabila isu GST ini di bawa ke mesyuarat kabinet. Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan PAS menolak atau menyokong gesaan DS Najib.

6) Bagaimanapun, ijthad haram GST adalah haram li-ghairihi, bukan haram li-zatihi. Bukan haram pada zat GST itu sendiri sebagaimana haram makan babi. Haram GST yang PAS sebut adalah berdasarkan frasa 'mengambil cukai daripada orang miskin'.

7) Jika GST versi PN ini boleh menghilangkan frasa ini, tiada masalah untuk PAS menerima GST. Tidaklah semudah cybertruper pemaki PAS mengatakan PAS dulu haramkan GST hari ini menghalalkan GST - nak tunjuk PAS mempermainkan hukum lah kan?.

8 ) Lagipun semasa kempen PRU14, ijtihad PAS menyatakan GST haram selain berfaktorkan 'ambil cukai daripada orang miskin', faktor lain adalah PAS yakin dengan cadangan sistem percukaian mereka sendiri, yakni cukai simpanan korporat dan cukai keuntungan saham. Bahkan waktu itu PAS tidak nampak lagi faktor 'sumber pendapatan kerajaan terciduk jika tiada GST'. Setelah PH terciduk, mungkin PAS akan ambil juga faktor ini dalam ijtihad baru nanti.

9) Solanya, PAS ni gila ke apa main-main dengan hukum halal dan haram ikut suka perut sendiri saja? Ia tidak gila pun jika ia dibahas secara ilmiah, bukan secara propaganda jahat politik persepsi, sebab GST bukannya haram pada zat-nya.

10) Cukai yang PAS cadangkan yakni cukai simpanan korporat dan cukai keuntungan saham juga boleh difikirkan dan dikaji oleh kerajaan PN untuk menambah sumber keewangan negara, seriring dengan GST yang di-revise semula.

11) Cukai keuntungan saham adalah salah satu cukai yang tidak menggangu orang miskin. Keuntungan para pelabur dan pedagang boleh dicukaikan mengikut rate yang berbeza antara pedagang dan pelabur. Yang tak untung, tak kena cukai. Keuntungan saham bernilai puluhan hingga ratusan juta sehari selama ini tidak dicukaikan. Hanya broker-broker saham sahaja ambil untung daripada transaksi jual beli saham.

Sekian

p/s: Kita tunggu mesyuarat kabinet lah. Orang yang usulkan GST haram ada dalam kabinet


Sumber: Dr. Tanaka Mustafa
Penafian: Pandangan atau pendapat seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas mewakili pandangan atau pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Darul Sarkis.

Catat Ulasan

0 Ulasan