1) Keputusan PRU14 DUN Kedah PH18, PAS 15 dan BN 3. Manakala majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri adalah 19 kerusi. Jadi, PH, PAS dan BN masing-masing tidak boleh membentuk kerajaan negeri.
2) PH tidak cukup untuk membentuk kerajaan negeri. PAS juga tidak cukup membentuk kerajaan negeri walaupun jika berpakat dengan BN. Jika PAS berpakat dengan BN, ia menjadikan keputusan seri PH 18 - PASBN 18.
3) Maka ketika itu muncul cakap-cakap supaya PRN diadakan semula, kerana seri. Namun pemimpin PH telah cepat-cepat menamakan DS Mukhriz sebagai MB. Atas alasan kerajaan pusat juga dimenangi PH, Sultan perkenan untuk DS Mukhriz angkat sumpah, supaya kerajaan negeri selari dengan Pusat.
4) Kemudian diperkukuh pula dengan seorang Adun BN memberi sokongan kepada PH. Keluar BN danmenjadi Adun Bebas mesra PH (kemudiannya menyertai Bersatu). Maka jadilah kerajaan Kedah dengan komposisi 19 PH: 17 PASBN. Seorang diambil jadi Speaker, maka komposisi dewan menjadi 18:17. Situasi yang sangat tipis.
5) PAS dengan 15 kerusi tidak kalut menganggu kerajaan PH Kedah. Tiada usaha membeli atau menghasut mana-mana Adun Kedah supaya belot. Bahkan Adun-adun PAS semakin baik pula dengan Adun BN yang masih setia dengan BN dan membentuk Muafakat Nasional. MN juga tidak ganggu kerajaan negeri.
6) Tiba-tiba sahaja pergolakan dalaman PKR yang mengakibatkan pengkhianatan berlaku, dan Tun Mahathir meletakkan jawatan. Maka kerajaan pusat PH runtuh dan naik kerajaan PN. Ia turut mengeruhkan suasana di Kedah. Tak perlu cherita panjang, ia berakhir dengan keluarnya 2 Adun PKR menyokong kerajaan PN, menjadikan komposisi PH17:PN19.
7) Dengan kemasukan 2 Adun bekas PKR ke dalam pihak MN, ia sudah cukup untuk membentuk kerajaan negeri PN dengan majoriti mudah. Tiba-tiba pula 4 Adun Bersatu juga turut meninggalkan kem PH di Kedah, menyertai team MN Kedah yang didominasi oleh PAS, menjadikan blok MN 23, blok PH 13.
8 ) Kedah pernah ditadbir oleh PAS selama satu penggal oleh MB Ustaz Azizan Razak, kemudian ditewaskan oleh BN yang menaikkan DS Mukhriz sebagai MB. Kemudian DS Mukhriz digulingkan oleh coup dalaman BN, menaikkan Dato Ahmad Bashah. DS Mukhriz membuat comeback melalui PH, memenangi PRU14 dan menjadi MB buat kali ke-dua.
9) Hari ini, seorang Adun PAS dikatakan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru menggantikan DS Mukhriz yang hilang sokongan majoriti Adun. Dua kali jadi MB, dua kali digulingkan. Takziah kepada beliau.
Sekian
Sumber: Dr Tanaka Mustafa
0 Ulasan