1) Ramai yang teruja apabila kerajaan PN berjaya membuatkan India kembali mahu membeli sawit kita. Konon kehebatan Menteri PAS bijak berurusan dengan kerajaan India. Tapi saya belum teruja.
2) Kerana punca India boikot minyak sawit kita bukanlah sebab Teresa Kok ataupun sebab Tun Mahathir. Ia adalah berpunca daripada sebuah ketegasan membantah India yang mahu Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India, dan juga ketegasan Malaysia mengecam insiden keganasan yang membunuh umat Islam di India bar-baru ini.
3) Sekarang mungkin India bersetuju untuk membeli semula sawit kita atas beberapa alasan. Salah satunya, mungkin disebabkan pemerintahan PH dan Tun Mahathir sudah berakhir. India boleh menggunakan alasan ini kepada rakyatnya untuk kembali membeli semula sawit Malaysia.
4) Sebenarnya bukan sahaja Malaysia yang terciduk akibat pemboikotan India, tetapi India juga terciduk kerana terpaksa membeli sawit Indonesia yang jauh lebih mahal. Jadi, India mahu tidak mahu kena cari alasan untuk beli semua sawit Malaysia. Pertukaran kerajaan PH kepada PN salah satu alasan untuk India membeli penerimaan rakyatnya (yang ekstrim).
5) Jadi, Menteri PAS mungkin juga bijak menggunakan peluang dengan alasan yang sama dengan India. Bukan win-win situation, tetapi want-want situation barangkali. Kita hanya boleh menarik nafas lega apabila sektor sawit memperlihatkan keuntungan berganda dan harga sawit kembali tinggi serta menggembirakan para pekebun kecil khususnya.
6) Namun situasi ini akan ada limitasinya. Limitasinya adalah setakat mana kerajaan India boleh mengekalkan keamanan di India tanpa berlaku lagi rusuhan agama di sana. Apabila berlaku lagi rusuhan yang menzalimi umat Islam samada di India atau Kashmir, Malaysia sebagai negara majoriti umat Islam pasti akan respon.
7) Respon kerajaan Malaysia ini mungkin akan trigger para ektremis di India untuk ugut dan tekan kerajaan India supaya boikot minyak sawit sekali lagi. Dan perkara sama akan berulang. Cycle berulang.
8 ) Jalan keluar untuk kemungkinan cycle ini berulang adalah dengan membuka jalan-jalan baru pemasaran sawit dan produk sawit ke seluruh dunia. Negara-negara dalam dunia walaupun bukannya 500 buah, tetapi still banyak negara yang kita belum terokai untuk pemasaran sawit kita.
Sekian

Sumber: Dr. Tanaka Mustafa
0 Ulasan