Ada masa saya berfikir betapa jauhnya tanggapan sesetengah masyarakat bukan Islam dalam menerima Parti PAS( Sebutan orang Sarawak). Sepanjang bersama di lapangan dengan masyarakat melalui kerja-kerja pilihanraya dan kerjasama politik yang pernah membawa parti ini dalam lingkungan masyarakat bukan Islam, persepsi yang salah tetap ada. Saya tidak sesekali menyalahkan mereka. Namun inilah ruang dakwah untuk kita menjelaskan perkara sebenar.
Saya merupakan mantan calon PAS yang bertanding di Dun Samalaju dimana majoriti pengundinya adalah bukan Islam terutama bangsa Iban. Kerangka gerak kerja kempen sungguh berbeza. Syukur kerana pengalaman sebagai pengurus calon di Parlimen Sibuti satu ketika dahulu dimana PAS melatakan calon di kerusi tersebut pada PRU 13 banyak mengajar saya.
Bahasa merupakan perantara penting dalam membina jaringan tersebut. Saya mengasah bahasa iban saya semasa PRU 13 juga. Walaupun tidak begitu fasih tetapi sedikit sebanyak boleh untuk mendekat kita dengan pengundi sasaran kita. Selain bahasa Iban, saya juga boleh berbahasa Mandarin. Sungguhpun ia menutup sebentar ruang yang membezakan kita, namun takdir menentukan undi kemenangan belum lagi berpihak pada PAS.
Bayangkan harapan anda apabila semua rumah panjang di ceruk mana sekalipun dalam sempadan dun telah anda sampai malah penerimaan luar biasa. Tetapi keputusan tidak berpihak pada anda. Ya. Kita percaya soal diberi kepercayaan bukan perkara yang mudah. Apatah lagi untuk menjadikan parti yang begitu asing bagi mereka untuk dijadikan wakil mereka. Saya yakin mereka telah mula menilai apatah lagi dengan perkembangan terkini PAS sebagai kerajaan. Setidak-tidaknya, lambang PAS kini bukan baru bagi mereka.
Saya semakin seronok jika bekerja dalam lingkungan bukan muslim sejak saya kerap naik di pentas DAP dan Pakatan Rakyat satu ketika dahulu, Miri, Sibu dan Bintulu antara kebiasaan tumpuan ceramah mega. Kita akan berdepan dengan lautan manusia pada ketika itu bukan hanya untuk berpidato secara handal. Jauh daripada itu untuk menonjolkan produk Islam itu sendiri untuk mereka fahami. Ya. Hasilnya tidaklah begitu ketara apatah lagi pasca terkuburnya Pakatan Rakyat, PAS dihitamkan dengan imej taasub, rasis, jumut, tidak kompiten serta ekstrim agama. Semua ini dijaja oleh musuh PAS.
Hakikat rakyat di bawah sana biasa-biasa sahaja. Tidak menolak kebaikan yang dibuat oleh PAS. Saya sehingga kini masih ditegur sapa oleh masyarakat cina yang pernah dengar ceramah saya di pentas politik. Ketika di pentas inilah saya berfikir semula tidak sia-sia rupanya takdir saya bersekolah di sekolah cina. Bagi saya, manusia tetap memiliki bakat masing-masing yang Allah berikan. Cuma bagaimana kita menggunakannya ke jalan yang betul.
Semoga perjuangan kita yang saya selalu sebut jika berceramah di pentas politik iaitu untuk "mengajak manusia mengenal Tuhan dan kembali pada Tuhan" akan terus mekar. Perjalanan jalan ini tidak akan terhenti dengan satu kemenangan, kerana kita semua perlu dibimbing sehingga dunia ini terhenti. Bukan mudah kerja mengajak manusia kepada kebenaran. Ia tidak mengira bangsa dan taraf anda!
Doakan!

Sumber: En ZN
0 Ulasan